Read Matthew 18:21-35
Be kind and compassionate to one another, forgiving each other, just as in Christ God forgave you.
-Ephesians 4:32 (NIV)
SUNDAY morning. Time for church. My husband and two older children had walked out the door, but I stayed behind, too hurt and angry to get myself and the baby ready to go. I felt bitter and slighted from a problem at church. God knew I had a right to cry. I decided to stay home and nurse my hurt feelings with angry tears.
Reaching for the baby's bottle, I heard a voice speak one word in my heart. Forgive. I paused, startled. I knew whose voice I had heard. God was gently nudging me. It wasn't easy, but in time and with God's help, I did forgive.
Now, at 80 years old, I look back to see how many times in the past 50 years I have needed to heed God's simple command -- "Forgive!" Sometimes I delay and sometimes I complain, but, with God's help, I forgive. When I pray the Lord's Prayer, asking to be forgiven as I forgive others, I know what I must do. The peace and comfort of God's presence are worth the effort. We can forgive others with love because Christ first loved and forgave us.
by Joyce Woeste (Iowa, USA)
Monday, September 7, 2009
Thursday, September 3, 2009
Penyembahan yang tidak berbelah bahagi
Sering kali apabila saya berurusan dengan seseorang, orang itu akan menghulurkan kad perniagaannya sebagai tanda perkenalan. Dan juga kalau-kalau saya memerlukannya untuk berhubungan dengan mereka pada masa yang lain. Satu kelaziman yang saya dapat perhatikan ialah apabila menghulurkan kad, orang itu akan menghulurkannya dengan kedua-dua tangan. Pada mulanya tidak timbul rasa hairan namun apabila ianya berlaku berulang kali, tercetus juga rasa ingin tahu.
Seorang rakan memberitahu kepada saya bahawa dalam budaya orang berbangsa Cina, apabila memberi sesuatu kepada seseorang, harus dihulurkan dengan kedua-dua tangan. Ini merupakan tanda bahawa pemberian itu diserahkan dengan sepenuh hati. Agak masuk akal juga kerana menghulur dengan satu tangan sementara tangan yang satu lagi sibuk bermain 'handphone' agak kurang sopan dan menunjukkan rasa tidak ikhlas. Menghulur dengan kedua-dua tangan memerlukan segala aktiviti yang lain dihentikan dan sepenuh perhatian diberikan kepada tindakan menghulur itu sahaja.
Lantas saya terfikir perkara yang serupa dalam penyembahan kita kepada Tuhan. Adakah kita menyembah dengan kedua-dua tangan yang terhulur? Atau adakah hanya satu tangan kita terhulur sementara tangan yang satu lagi sibuk dengan tugas duniawi yang lain? Melihat ke dalam diri saya, sering kali satu daripada tangan saya penuh dengan kesibukan duniawi walaupun tangan yang satu bersungguh-sungguh menyembah Tuhan. Kesannya penyembahan itu tidak dilakukan dengan sepenuh hati!
Apabila kita datang menyembah Tuhan, Dia menghendaki agar kita menyembah dengan sepenuh hati. Namun sering kali kesibukan duniawi mengganggu penyembahan yang sepenuh hati. Separuh perhatian kita tertunpu kepada tugas-tugas kita di pejabat, masalah perniagaan, masalah rumahtangga, masalah kewangan dan sebagainya. Hasilnya penyembahan kita tidak bermaya di depan Tuhan.
Adakah kedua-dau tangan kita terhulur apabila kita memberi penyembahan kepada Tuhan atau adakah tangan kita yang satu lagi masih sibuk dengan hal-hal duniawi?

Subscribe to:
Posts (Atom)