Wednesday, March 31, 2010

5 roti dan 2 ikan

Pada suatu ketika, Yesus dan murid-muridNya berada di pergunungan. Ramai orang yang mengikuti Dia kerana mahu mendengar ajaranNya. Apabila hari sudah lanjut, orang ramai itu mula keletihan dan kelaparan. Namun kerana tempat di mana mereka berada itu agak terpencil, murid-murid Yesus mula risau bagaimana untuk mencari makanan agar dapat diberikan kepada orang ramai yang besar jumlahnya itu.

Menurut Alkitab, jumlah orang yang ada di situ pada waktu itu ialah 5 ribu orang laki-laki. Belum termasuk perempuan dan kanak-kanak. Kalau dicongak-congak, 5 ribu orang itu boleh memenuhi satu padang bola sepak...malah mungkin tidak cukup untuk menampung jumlah itu. Kalau pada masa sekarang, satu majlis perkahwinan yang dihadiri oleh 5 ribu tetamu, majlis itu sudah amat besar....

Murid-murid Yesus mencari- cari jalan untuk mendapatkan makanan dan apa yang mereka temui hanyalah seorang budak yang membawa bekal 5 roti dan 2 ikan. Bekalan sebegitu hanya cukup untuk keperluan budak itu sahaja!. Bayangkan kalau anda adalah budak itu. Anda membawa bekal dari rumah untuk keperluan sendiri buat sepanjang hari itu. Tiba-tiba ada pula orang meminta bekal anda itu. Apa reaksi anda? Budak itu sendiri pun pastinya keletihan dan kelaparan. Tapi bila bekalan makanannya diambil, kira-kira bagaimana perasaannya?

Tidak pula diceritakan di dalam Alkitab sama ada budak itu menolak semasa murid-murid Tuhan meminta bekalan makanannya, tapi yang pasti bekalan 5 roti dan 2 ikan itu dibawa oleh murid-murid Yesus kepada Yesus. Apa yang terjadi seterusnya?
Yesus memberkati makanan itu dan membahagikannya kepada orang yang ramai itu. Mereka semua makan hingga kenyang termasuklah budak itu sendiri. Dan ada lagi pula baki makanan sebanyak 12 bakul...Kira-kira kalau budak itu makan sendiri bekalannya itu, adakah dia akan kenyang sebegitu?.Mungkin juga tapi bakinya tiada.

Kalau pada hari ini, kita hanya ada 5 roti dan 2 ikan, tiba-tiba Tuhan minta semuanya itu....apakah reaksi kita? Sedangkan kita sendiri pun amat memerlukan 5 roti dan 2 ikan itu.
Mungkin kita berkata, "Tuhan, saya bagi 4 roti dan 1 ikan saja dulu sebab saya perlukan yang selebihnya untuk saya".
Atau "Tuhan, macam mana saya mau bagi ni..ini saja yang saya ada..saya pun perlu juga?"

Budak itu mengajar kita untuk memberi apabila Tuhan minta kerana Tuhan ada rencana untuk hal itu. Semasa Tuhan minta bekal budak itu, dia sendiri pun tidak tahu kenapa. Yesus tidak memberitahu apa yang Dia mahu lakukan. Namun budak itu menurut dan memperolehi berkat yang berlimpah-limpah malah dapat memberkati lebih 5 ribu orang yang lain.

Kalau hari ini Tuhan minta kita memberi apa yang ada pada kita, walaupun pada zahirnya adalah sedikit, berilah sebagaimana budak itu memberi kerana Tuhan akan memberkati kita dan orang-orang lain di luar sana melalui pemberian itu. Mungkin tidak sampai 5 ribu orang jumlahnya tapi yang pasti akan ada orang yang diberkati. Melalui pemberian itu kita juga akan diberkati sehingga kenyang malah berlimpah-limpah.

Tuesday, March 30, 2010

"Kenapa Tuhan???"

Beberapa minggu yang lepas saya sememangnya amat bertuah kerana diberkati dengan pesanan Tuhan melalui khotbah di gereja semasa kebaktian mingguan. Pesanan Tuhan pada hari itu adalah berkenaan persoalan-persoalan yang dihadapi dalam kehidupan kita seharian...Pengkhotbah memetik dari Kitab Ayub dan membuat huraian yang begitu memberkati...Terpuji nama Tuhan Yesus Kristus kerana memberkati pengkhotbah itu dengan keupayaan yang sangat baik untuk mengupas dan menghalusi pesanan Tuhan dalam KitabNya.

Nabi Ayub sememangnya seorang nabi yang terpaksa memikul beban yang sangat berat. Menurut Alkitab, beliau seorang yang hidup melakukan kehendak Tuhan dan hidup kudus di depan Tuhan. Beliau memiliki segala kekayaan dan kebahagiaan yang hanya dapat dimimpikan oleh manusia lain pada ketika itu. Namun Tuhan mengizinkan kesesakan yang hebat menghentam dia....

Mula-mulanya Ayub masih dapat bertahan dan terus berpegang kepada imannya kepada Tuhan. Namun akhirnya beliau mula mempersoalkan Tuhan akan kesesakan yang dialaminya. Mungkin kerana sudah terlalu berat beban yang dia pikul...ditambah pula dengan desakan-desakan oleh rakan-rakannya sendiri....Akhirnya Ayub bertanya..."Kenapa Tuhan??...Kenapa bah Kamu membiarkan saya menghadapi hal-hal ini???"....

Mavcam biasa dengarkan?...kenapa bah ini???...kenapa saya sakit??? kenapa saya miskin??? kenapa keluarga saya begini??? kenapa ???? kenapa???....

Apa jawapan Tuhan kepada Ayub?...sangat mudah....

Ayub 38:4 Di manakah engkau, ketika Aku meletakkan dasar bumi? Ceritakanlah, kalau engkau mempunyai pengertian!

Dalam Ayub pasal 38, Tuhan menjawab Ayub dengan panjang lebar....

Lebih kurang jawaban Tuhan ialah..."Hei Ayub...di mana kau ketika aku menciptakan alam semesta??...kalau kau pandai sangat, dimana kau ketika aku menciptakan segala sesuatu???"....

Tuhan adalah pencipta segala sesuatu...Tuhan adalah pencipta kita...Dia memiliki segala hak untuk melakukan apa saja dalam hidup kita...siapa kita untuk mempersoalkan perbuatanNya?....lebih kurang begitu lah.....

Namun ternyata benar!..siapa kita untuk bertanya kepada pencipta
"kenapa kau cipta saya begini??"
"Saya mahu hidung mancung bah tapi kenapa kau cipta hidung saya kemek??"
"Saya mahu jadi penyanyi bah tapi kenapa kau kasih saya suara macam bunyi kambing gurun??"
"Saya mau begitu ba..tapi kenapa begini????"...

Intipatinya, Tuhan berhak untuk melakukan apa sahaja terhadap ciptaanNya...dan dalam semua yang Dia lakukan itu matlamatnya adalah agara nama Tuhan dimuliakan....melalui apa yang kita alami, yang kita lalui...biarlah nama Tuhan dipermuliakan...

Di dalam segala kesesakan kita, Tuhan memperhatikan kita...sebagaimana Ayub diperhatikan....
Tiba waktunya, Dia hulurkan tangan untuk mengangkat kita dari kesesakan itu kepada kelimpahan yang lebih besar......
Powered By Blogger