Sudah menjadi lumrah manusia untuk cenderung menyukai perkara-perkara yang sedap atau indah dipandang. Melihat di sekeliling kita saja pun, kita mahu mencari sesuatu yang indah pada pandagan mata. Dalam segala aspek kehidupan, kita mahu mencari yang cantik-cantik belaka. Rumah yang cantik, kereta yang cantik, pasangan yang cantik, pakaian yang cantik dan macam-macam lagi yang cantik. Mungkin kalau dibuat kajian, entah berapa peratus orang saja yang mahu mencari yang buruk....
Ketika Abram dan Lot memutuskan untuk berpisah, Lot memandang ke sekelilingnya. Pandangannya jatuh kepada kawasan Lembah Yordan yang indah seperti "taman Tuhan". Lantas Lot memilih untuk menuju ke sana. Beliau akhirnya mendirikan khemahnya di sebuah kota yang dipanggil Sodom.
Namun ternyata apa yang kelihatannya indah umpama "taman Tuhan" itu sebenarnya adalah tempat yang dipenuhi dengan dosa dan kejahatan! Kota Sodom terlalu jahat sehingga Tuhan memutuskan untuk memusnahkan kota itu dengan api dari sorga.
Hari ini mungkin kita memandang sekeliling kita, memandang masa depan kita dan melihat sesuatu yang indah dan penuh pengharapan terbentang di depan mata kita...kelihatan seperti 'taman Tuhan'. Hati-hati! Kerana kita tidak pernah tahu kalau-kalau 'taman Tuhan' itu adalah Sodom yang penuh dengan kejahatan.
Kerana itu kita diminta untuk mengenakan segala perlengkapan rohani...dan berwaspada dengan si jahat yang mengaum-ngaum di sekeliling kita sambil mencari kesempatan untuk mengaburi mata kita....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment