Wednesday, August 12, 2009

Menakluki!

Baca Wahyu 3:11-13

In all these things we are more than conquerors through [God] who loved us.
-Romans 8:37 (NRSV)


Sebagai seorang kanak-kanak, kita sering kali cuba meniru wira-wira dalam buku komik; siap sedia untuk bertarung bersenjatakan pedang kayu, berperisaikan gabus dan dipenuhi imaginasi yang seakan nyata.

Buku Wahyu juga seakan-akan kisah sebuah komik. Dipenuhi dengan wira-wira yang perkasa dan musuh-musuh yang ganas. Dalam semua kisah wahyu, wira-wira sentiasa dapat menakluki musuh dan menerima ganjaran.

Lalu kita bertanya, "Siapakah musuh dalam kisah ini?"

"DOSA," adalah jawabannya.

Alangkah bahayanya berdepan dengan musuh ini! Kita perlu menggunakan pedang, perisai dan kadang-kala penumbuk kita.

Cuba kita fikirkan akan makna perkataan 'takluk' ini. Melalui pengalaman, kita diyakinkan bahawa musuh kita yang paling licik ialah musuh yang dengan ribuan cara, cuba untuk mengalihkan kita daripada berdoa dengan tetap, membaca dan merenung firman Tuhan, datang ke gereja, memuji dan menyembah Tuhan. Marilah kita sentiasa peka kepada tekanan yang tidak kelihatan namun sangat berkuasa ini kerana ia akan sentiasa berusaha untuk memesongkan fokus kita kepada Tuhan.

No comments:

Powered By Blogger