Friday, August 7, 2009

Khusus buatku....

Baca Keluaran 16:11-18

My God shall supply all your need according to his riches in glory by Christ Jesus.
-Philippians 4:19 (KJV)


Ketika saya berjumpa kawan saya Jan bertahun yang lalu, dia merupakan orang yang paling baik yang saya temui. Namun dia tidak mengenal Yesus Kristus. Salah satu daripada berkat-berkat dalam hidup saya adalah melihat perubahan yang berlaku dalam hidupnya semenjak Jan mengenal Kristus sebagai Juruselamatnya. The Upper Room merupakan salah satu alat yang membantunya untuk bertumbuh sebagai seorang Kristian. Satu jenaka kami yang biasa ialah mengatakan yang setiap renungan harian itu ditulis khusus untuk kami: "Saya tidak tahu apa yang dikatakan oleh renungan anda hari ini, tetapi renungan saya sememangnya ditulis khusus untuk saya." Baru-baru ini, pada harijadi saya, saya merupakan orang yang paling gembira kerana Fokus Doa untuk renungan hari itu adalah "mereka yang menyambut harijadi pada hari ini."


Walaupun Jan dan saya berjenaka tentang perkara itu, namun sebenarnya Tuhan mengetahui apa keperluan-keperluan setiap kita pada setiap hari. Tuhan boleh dan bercakap kepada hati setiap kita melalui perkataan-perkataan yang kita baca, senyuman seorang asing, panggilan telefon daripada seorang kawan dan banyak lagi kejadian yang membantu dalam keperluan-keperluan peribadi dan pergumulan. Kita hanya perlu terbuka kepada Roh Kudus dan sedar akan "kebetulan-kebetulan" yang terjadi dalam kehidupan kita seharian untuk mendengar Tuhan berbicara atau melihat tangan Tuhan bekerja.


oleh Donna Heizer (Kentucky, USA)

No comments:

Powered By Blogger