What's in a Name?
Baca Efesus 5:1-10
A good name is to be chosen rather than great riches.
-Proverbs 22:1 (NRSV)
Sewaktu melanjutkan pelajaran ke kolej saya berpindah dari bandar kediaman saya yang didiami oleh tiga ratus orang. Pernah sekali, apabila saya kembali untuk melawat bandar tersebut, saya pergi ke pekan bersebelahan untuk membeli-belah. Apabila saya hendak membayar, saya teringat yang cek saya adalah cek luar negeri.
"Adakah kamu menerima cek dari luar negeri?" saya bertanya kepada jurujual. Saya membuka terlebih dahulu cek saya.
Dia melihat kepada nama keluarga saya, Bothof, yang mana bukanlah nama kebiasaan. "Kamu anak John?" dia bertanya.
"Bukan, saya anak Henry, dari Chandler. John adalah pakcik saya."
"Baiklah. Tiada masalah dengan cek kamu," kata jurujual itu.
Saya menulis cek itu dan membuat pembayaran. Kerana pakcik saya sudah membina reputasi yang baik, maka saya mendapat kepercayaan. Dan cek saya juga tidak bermasalah; saya tidak memalukan pakcik saya dan ayah saya.
Saya mempunyai nama lain: Kristian. Saya adalah milik keluarga Kristus. Kristus membina reputasi, dan saya menuruti jejaknya. Dalam kehidupan harian saya, adakah saya menggambarkan sifat Kristus? Saya ingin agar orang didekatkan kepadad Kristus kerana saya.
Adakah sikap dan sifat seharaian saya membawa malu atau hormat kepada nama Kristian?
oleh Diann Bothof Lopez (Arizona, USA)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment