Thursday, September 24, 2009

Memberi perpuluhan

Baca Maleakhi 3:6-12

Muliakanlah Tuhan dengan hartamu dan dengan hasil pertama dari segala penghasilanmu, maka lumbung-lumbungmu akan diisi penuh sampai melimpah-limpah, bejana pemerahanmu akan meluap dengan air buah anggurnya.
-Amsal 3:9,10



Bertahun-tahun saya bergumul dengan konsep perpuluhan. Saya tidak kisah menghulurkan sedikit ke dalam kantung persembahan pada setiap hari minggu, tetapi 10 peratus? Saya mereka-reka pelbagai alasan kenapa saya tidak dapat memberi perpuluhan, namun saya tidak menghadapi sebarang kesulitan untuk membelanjakan jumlah yang sama di pasaraya.

Kemudian saya bertemu dengan Anne, seotang ibu tunggal yang bukan sahaja memberi perpuluhan malah menyimpan setiap wang lebihan untuk misi. Anne memiliki sukacita dan keyakinan dalam Tuhan yang saya cemburui. Dia tidak mempunyai pekerjaan yang bergaji besar, namun dia hidup bergaya dan menngikut kemampuannya. Satu hari, saya bertanya tentang rahsianya. "Saya menuruti rencana Tuhan dan percaya kepadanya," katanya dengan yakin. Dia seterusnya menerangkan betapa memberi perpuluhan itu bukan satu kewajipan tetapi satu keistimewaan dan satu cara untuk menunjukkan yang kita menghormati Tuhan. "Tuhan tidak pernah mengecewakan saya, walaupun pada waktu-waktu paling sukar," kata Anne.


Tuhan mencabar saya melalui Anne. "Ujilah saya dalam hal ini," Tuhan seolah-oleh berbicara sedemikian kepada saya. Jadi saya menerima cabaran Tuhan dan tidak pernah berpaling lagi. Dengan penuh kesetiaan, Tuhan telah memenuhi segala janji-janji yang diberikan di dalam Alkitab, dan berkat-berkatnya melimpah kepada saya setiap hari. Kerana Tuhan setia dan murah hati, saya sentiasa berkecukupan.

oleh Karen Gallagher (Florida, USA)

No comments:

Powered By Blogger