Wednesday, July 29, 2009

Masa untuk rehat!

Baca Matius 6:25-34

The psalmist said to God, "How sweet are your words to my taste, sweeter than honey to my mouth!"
-Psalm 119:103 (NRSV)



Lebah madu terkenal dengan ketekunannya yang tidak kunjung pudar. Di dalam sarangnya berjalan pesat aktiviti yang pelbagai. Tidak menghairankan. Seekor lebah pekerja mengeluarkan 1/12 sudu teh madu sepanjang hayatnya, dan sarang yang baik menghasilkan 50 ke 60 paun madu untuk bertahan pada musim sejuk. Tugas tersebut tidak pernah berakhir!

Namun, sedikit yang tahu akan kebenaran bahawa lebah madu yang rajin pun akan mencari satu ruang di dalam sarangnya, menghentikan segala aktiviti---langsung tidak melakukan apa-apa untuk seketika! Tiada yang produktif dalam pandangan dunia. Namun masa penyegaran dan pembaharuan ini adalah sangat mustahak. Lebah memerlukan sedikit waktu untuk keluar daripada kesibukan hidup dan ini kelihatannya tidak langsung merosakkan sarang mereka.

Ramai antara kita menyedari yang tahap tekanan dan kebimbangan kita meningkat kerana tugasan harian kita yang tidak pernah berakhir. Kita risau sama ada kita dapat bertahan. Pada waktu-waktu sebegini saya mendapati yang terbaik ialah mengikuti teladan lebah madu dan berhenti sekitika. Lagi pun, Yesus juga melakukan yang serupa. Apabila dia sangat sibuk, dia mendaki ke bukit untuk berdoa -- mengujudkan satu waktu dan ruang buat Tuhan menyegarkan kembali rohnya. Sekiranya Yesus pun memrlukan waktu sebegitu, pastinya kita juga.

Hari ini, sekiranya kita terhimpit oleh tugasan yang bertimbun, ambil waktu walaupun sedikit untuk keluar dari kesibukan itu. Gunakan waktu itu untuk berdoa, melakukan aktiviti yang lain daripada tugasan kita. Pada waktu yang sama, roh kita akan disegarkan. Selepas itu kembalilah kepada tugasan kita dengan kesegaran yang baru!

No comments:

Powered By Blogger